Pages

Thursday, December 16, 2010

facts??

  1. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  2. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  3. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  4. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  5. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  6. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
  7. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
  8. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.
  9. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  10. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
http://suffer.frenzyfm.my/2010/12/ini-fakta-bukan-auta.html

No comments:

Post a Comment